(Sila klik pada mana imej di sini untuk mendapat paparan lebih jelas)

Terdapat dua cara untuk memasuki pengurusan blog (sign in):
- Mengklik menu "sign in" yang terdapat di sudut atas sebelah kanan.
- Melalui alamat web: blogger.com
Pilih "POSTS" kemudian pilih "New Post" dan pengembaraan anda bermula.
Memasukan teks
Secara asasnya (by default), teks akan bermula dari sebelah kiri dan susunannya tidak sejajar (justify). Terpulangkepada anda mencorakkan kedudukan teks yang anda masukan.
Memasukan imej
Klik pada ikon "Insert image" untuk mendapatkan arahan selanjutnya.
Mari kita mulakan dengan memuatnaik imej dari komputer/laptop anda. Pilih "Choose files" yang terdapat di bawah menu "Upload".
Anda akan dipaparkan dengan direktori yang terdapat di dalam komputer/laptop anda. Anda boleh memuat naik satu imej atau lebih dari satu imej pada satu masa. Walau bagaimana pun, lebih banyak imej yang dimuatnaik pada satu masa maka lebih lama masa yang diperlukan terutama imej-imej bersaiz besar.
Berbanding dengan aplikasi-aplikasi lain yang menetapkan imej berada di sebelah kiri, aplikasi pelayan Blogspot pula menetapkan kedudukan imej ditengah-tengah.




No comments:
Post a Comment